This way for your Good Life!

This way for your Good Life!

KENALI TANDA-TANDA KEHAMILAN TANPA DISEDARI

 SLIP DISC BUKAN PENGHALANG WANITA UNTUK HAMIL


Assalamualaikum W.B.T semua...saya doakan kalian yang sudi menyinggah ke blog Shaklee saya ni sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah S.W.T

Dalam entry kali ini, eja ingin berkongsi sedikit pengalaman eja dalam mengamalkan supplemen / vitamin Shaklee ( konsisten ) sehinggalah Allah menganugerahkan dan memakbulkan doa kami suami isteri untuk menimang cahaya mata yang pertama. Alhamdulillah...

BACK PAIN....

Jika anda ada mengikuti entry eja sebelum ini, eja ada menceritakan masalah kesihatan eja iaitu Slip Disc . Apa itu Slip Disc??anda boleh scrol semua entry saya  dan saya pernah story. Ramai yang saya pernah jumpa dan sehingga lali telinga saya mendengar bahawa wanita yang ada masalah cakera tergelincir sukar untuk hamil ataupun bersalin normal. Ya ALLAH, saudara saudari sekalian...siapa kita untuk menentukan nasib hidup seseorang itu kecuali Allah, betul tidak?. Saya pernah rasa down sangat-sangat bila saya terdengar orang kata macam tu. Alhamdulillah, suami saya adalah cinta syurga yang Allah berikan kepada saya yang tidak putus-putus menenangkan hati saya..selalu berdoa kepada Allah dan yakin rezeki daripada Allah, bahagiakan orang tua kita jika ada..minta mereka doakan rezeki dan restu untuk kita..Insya Allah..Allah permudahkan urusan dan hajat kita.

BAHTERA PERKAHWINAN...

Saya menamatkan zaman single saya pada 20/9/2014 bersama pasangan sebaya saya, satu tadika,satu sekolah rendah..opss..sekolah menengah dan universiti berbeza. Kami tidak pernah rapat malah berkawan pun tidak.Uniknya cinta kami apabila cinta bertemu di surau kampung kami ( solat terawih ). Heheheeh...Arwah ibunya sempat menyunting saya melalui kawan baiknya iaitu mak saya . Hati belum terbuka semasa tu. Apabila habis study n practical dari kedah, saya menjaga orang tua saya ( saya ank bongsu) begitu juga pasangan saya. Dia pula menjaga  ibunya setelah ayahnya tiada. Pendekkan cerita yer..hehehe..saya bersetuju menerima lamarannya dengan restu ibu ayah dan adik beradik saya..Alhamdulillah..

masa lepas nikah..wahh

Apabila dah berkahwin, kami tinggal di Shah Alam ,rumah baru kami. Walaupun tidak sebumbung dengan orang saya, telefon kan ada... dan kebiasaannya kami balik 2kali sebulan. Saya memang suka melancong begitu juga suami. Honeymoon kami di Tioman Island 4 D 3N, memang awesome..rupanya kami dari kecil ada impian yang sama nak pergi ke tioman .hehehhe..lucu sungguh..Kemudian masuk tahun baru January 2015....Jeng.jeng..jeng...

yang ni mmg tak sangka, orang resort tioman tu bagi suprise kot!!..terkezutt..

REZEKI ALLAH DATANG AWAL...ALHAMDULILLAH..

Untuk pengetahuan u all, saya memang makan supplemen sebelum kahwin lagi . Apa yang saya ambil?? saya ambil Lechitin , Alfafa, Ostematrik, Vita C , Cinch Shake dan advance joint health tablet ( AJHT ) . Punca saya terjebak dengan shaklee sebab nak jaga slip disc saya dari teruk dan tak mahu gemuk thats why saya ambil set Kurus dan set tulang. Ok, apa yang jeng jeng tu ,, Awal bulan Mac 2015 saya bercuti ke cameron bawa mak , masa tu mak saya beritahu badan saya macam kembang semacam ayoooo.....mak... ( biasalah perempuan kan tak suka bila kata  kembang ke gemok ke kan) tanya suami. haah..huhuhuhu... tapi memang selera makan tak boleh dibendung time tu, heheh...tujuan utama nak pergi cameron tiba-tiba teringin nak makan madu dan straberry coklat .

mak tanya, ngidam ke nurul???hehee..ntah.


Kemudian , minggu kedua pula, ajak suami bercuti dan celebrate bezday dia di Port Dickson. Banyak duitkan??heehehh...rezeki namanya tu..coz memendam dari bulan february taka dapat berjalan suami busy memanjang kat officenya..So,last february minta dia book cuti banyak-banyak bulan Mac ni hahahah..

Petang di Hotel PD, suami ajak mandi manda di swimming pool. Saya sangatlah takut coz saya ada masalah dengan air kolam ( kan ada klorin) dan hot spring memang tak boleh ada alahan kulit mesti merah-merah, tapi sebab fikir bedayboy heeheheh..kita tawakal je,dan saya teringat sejak saya makan Alfafa Shaklee belum pernah mandi kat kolam. So, masuklah....masa tu rasa sesak nafas sangat rasa pelik.Suami kejar kearah saya, dan saya dapat rasakan macam pregnant coz naluri ni kuat ooooo... then, suami ajar teknik masuk dalam air.Alhamdulillah, terus tak nak keluar, bising juga suami dah senja. heheheh

ehhh model mana ni??heheh

Then, petang tu sebenarnya suami ada buat satu permintaan pada saya, malam tu suruh saya buat urine test...huhuhu bukan apa, bulan sudah-sudah dah buat , frust tau tak. huhuhu..( dia nak hadiah suprise baby la tu kan hhehehe ), saya terlupa malam tu, coz lain suprise saya bagi heheheh..esok pagi-pagi baru test.Hahaaa..dia pun tengah mamai...alangkah terkejutnya...

dah lama ada idea macam ni.tak sangka pula suami suka...

Abang!, 2line la kat UPT ni..tapi yang satu ni macam kabur.Suami melompat bangun tengok macam tak percaya ...hehehe.. then tak lama lepastu baru terang. yang peliknya saya tak ada pula excited macam dia heheh..After that, dia  minta kemas barang balik Shah alam nak test lagi. Amboi sampai saje rumah tak dan nak letak barang terus minta saya pergi buat lagi dan dia nak test sendiri pula.Yup, betul pregnant heeheh...

Saya dah jumpa doctor private clinic , doctor beritahu kandungan nak masuk 2 bulan dan dia bagi folic acid next month datang balik dia nak scan baby dan suruh saya buat buku pink....

Ohh lupa nak share, Awal bulan February, saya mula makan GLA COMPLEX , AlFAFA & B COMPLEX ( Folic Acid )Shaklee dan yang lain tu lah  dan suami saya beri ZINC COMPLEX, AlFAFA & BCOMPLEX . Untuk pengetahuan semua, saya makan gla bukan sebab period tak teratur tetapi nak bagi stabil hormon coz ruam naik kat muka banyak ( pelik )! satu lagi sesiap yang ada masalah Cysts di rahim boleh juga amalkan GLA COMPLEX .


Ni contoh yer,,saya punya tak boleh display husband tak bagi



YEAA...BERMULALAH SEGALA MABUK....

Nak tahu tanda-tandanya?

ingat yer, setiap ibu hamil berbeza yer ada sesetengah langsung tiada alahan, ada yang teruk, ada yang sampai 9 bulan still mabuk....saya?? ntahlah tengok macam teruk juga coz gastrik datang tiba-tiba..Jom cek diri anda! ( semua ini adalah pengalaman saya sendiri yer kalau anda nak share silakan jemput..jemput.. )



 1. KULIT KERING

Saya tak pastilah ibu-ibu sekalian ada pernah rasa begini. Kalau saya perasan bulan februari 2015 ni lain sangat kulit saya baik ada vita c Shaklee, kulit bibir ni kering sesangat sampailah sekarang tapi tidak seteruk bulan 2 aritu. Tumit pun dah cantik hehehe...

2. TARIKH HAID LEWAT

Tahun baru ni saya punya aturan haid asyik awal sampaikan 2kali sebulan memang tak risaulah cuma ikut kiraan saya sendiri sebelum disahkan hamil memang ada miss 9 hari ahaaa...dub dab dub dab...naluri ibu ni kuat pulak heheh

3. SAKIT GIGI / NGILU

Masa mula-mula dulu sebelum tahu preggy. Kesian suami heheheh... tengok-tengok takde pula berlubang cuma dalam seminggu je lepastu ok dah.

4. BREAST TEGANG / SAKIT

Opsss!! kalau kita google mana pun ramai yang ngadu sakit macam mula-mula datang haidkan?, so, saya sarankan better guna bra yang soft dan sesuai untuk ibu hamil & menyusu.

5. SUHU BADAN TINGGI 

Saya tak pasti yang ni hehe sebabnya tak ada temperature badan tu, tapi ada hari tu  suami risau coz rasa badan saya panas macam demam. Saya memang rasa lemah semacam sebelum cek UPT .

6. KUAT MAKAN / SENTIASA LAPAR

Ya ampun.... !ni masa bercuti sebelum pergi cameron memang kuat makan, baru lepas makan nasi pataya, minta kat en suami nak burger benjo pula. En suami risau bukan kepalang coz tak pernah tengok gelagat isteri ni kuat makan macam tu, tapi tak beli pun, minta suami balik rumah terus.

Ni nak complete kandungan 2 bulan ni, memang tak larat makan nasi memang berat turun mendadak, suami risau juga heheh..baik ada ESP Shaklee..( Bancuh 2 Scoop dengan yogurt ) ataupun bancuh dengan air suam biasa pun boleh.



7. SENSITIF PADA BAU

Ya!!! hidung saya memang kuat bau sikit, nak wangi je. Sama juga, dah sure preggy lagi tak larat nak masak bau makanan dah siap pun tak larat sampai muntah-muntah , bau nasi pun tak tahan...baik suami wangi...heheheh...



8. MORNING SICKNESS

Ada sesetengah orang pagi sahaja mual-mual, macam saya tak kira waktu pagi, tengah hari, petang mahupun malam..uwekk uwekk..heheheh..jangan risau yer, coz itu semua normal dan macam mana cara anda nak bagi kurang mual??
  • Elakkan bau-bauan yang kurang menyenangkan pada hidung anda
  • Banyakkan minum air kosong ( elak dehidrasi badan )
  • Gantikan asam / jeruk dengan buah oren paling awesome ambil Vita C shaklee 
  • Bawa kemana sahaja minyak angin/ balsem cap helang/ cap kapak baukan di hidung
  • Gantikan minuman susu tepung dengan air soya ( ESP Shaklee ) jika anda tak mampu telan susu
  • Jangan lupa makan folic acid ( doktor bagi ) atau ambil Bcomplex Shaklee (diperkaya dengan folic acid juga )
  • Jika rasa atau sudah ada selera untuk makan,segera makan apa yang boleh telan janji BERKHASIAT yer 

9. KEKEJANGAN

Ya, setiap malam nak tidur mesti kaki lenguh sangat-sangat ( risau slip disc datng balik rupanya bukan coz belakang tak sakit pun dan ini normal bagi ibu hamil ok )
Cara nak bagi kurang cram/ kejang kaki/ betis???

  • Jangan terlalu lama berdiri di waktu siang hari
  • Jangan selalu melipat kaki 
  • Minum air suam ( agak panas ) sebelum tidur
  • Letakkan tuala suam/ beg yg sedang-sedang panas di kaki yang lenguh tu
  • Gerakkan setiap jari dan pergelangan kaki sebelum, semasa dan selepas tidur

 10. SEMBELIT / KEMBUNG PERUT

Saya memang ada gastrik tapi tahap undercontrol lagi. Bila dah preggy ni semua bersatu dengan pening kepalanya Allahuakbar...sabar jelah yer...badan banyak angin.betul tak?caranya mudah je jangan bagi perut kosong walaupun tak larat nak bangun atau menguyah.




So, itu sahaja perkongsian saya untuk anda semua. Doakan kandungan saya sihat , saya sihat dan dimurahkan rezeki lagi. Insya Allah. Semoga saya dan anda semua yang bakal-bakal menjadi ibu juga , jagalah amanah yang Allah berikan pada kita ini, kerana kita bukan calang-calang orang yang Allah pilih untuk diberi AMANAH dan RAHMAT DARI NYA...

Banyakkan berselawat ke atas jujungan Nabi Muhammad S.A.W  disamping doa-doa dari surah Luqman, Surah Ibrahim , Surah Maryam & Surah Yusuf semoga semuanya berjalan dengan lancar..mudah-mudahan aaminn....


SEBARANG PERTANYAAN ATAU KEMUSYKILAN, BOLEH HUBUNGI SAYA TERUS DI TALIAN 017-4551030 ( whatsup / call only )


JIKA ANDA MAHU ORDER SET LENGKAP HAMIL ATAU SET KESUBURAN BOLEH CONTACT SAYA DI TALIAN TERSEBUT. TIADA MASALAH.



 

 























No comments:

Post a Comment